Wednesday, May 6, 2009

DOWN

Emosi semasa aku menulis coretan ini amatlah DOWN. Dengan Kuasa ALLAH, Aku dipermudahkan jalan untuk menilai dan melihat karenah manusia.

Patutla ada perubahan yg ku rasai selama ini. Tak silap jangkaan aku, aku amat terkejut dengan apa yg ku lihat. Sesungguhnya mata ini tidak menipu. Akalku masih peka untuk melihat . Tak ku sangka .......BUAH CEMPEDAK JADI NANGKA.

Aku bukan artis yang pandai berlakon. Riak mukaku yang serius dan kesunggulan di wajah jelas terpancar. Hilangnya Seri Hilangnya Manis.

Jauh di sudut hati aku kecewa. Biar Tuhan saja yang mengerti. Patutla beberapa hari hatiku tidak tenteram. Sekarang jelas dan nyata.

Biarla aku sedar siapa diri ini. Suatu hari ini pasti kebenaran berpaksi tegak.
Aku mengerti Allah maha mendengar. Aku menginsafi diri kerana alpa padaNYA. Aku bersyukur.

Pada mereka yg menyakiti hati ini,"SEMOGA BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT".

No comments: