Wednesday, May 6, 2009

KERANA MULUT BADAN BINASA

Beberapa kejadian telah membuatkan aku lebih berhati-hati. Aku melihat kejadian ini sesuatu rahmat supaya aku lebih menapis setiap perkara yang keluar dari mulutku. Kita tak tahu bila kita akan diserang, difitnah dan diaibkan.

Kesimpulan setiap kali aku akan berdepan dengan manusia. Dari bangun tidur hingga aku tidur semula. Apa yang kita lakukan amatlah berharga tapi adakah org lain akn menghargainya. KECEWA dengan perangai manusia.

Orang yg makan sekali diwaktu rehat dan teman berbicara menikam dari belakang. Menceritakan hal kita kepada org lain. Aku mengaku aku pun bukan insan yg baik sangat. Aku pun seronok mengumpat dan mendengar org mengumpat cerita org lain TAPI aku sebolehnya cuba TIDAK mencanangkan cerita tersebut kepada orang lain.

Pada ku MASUK telinga kanan KELUAR telinga kiri. Tapi kes ATTITUDE org yg ku terpaksa handle telah menyedarkan aku akn sikap manusia. Manusia sanggup melakukan apa saja untuk menutup kesalahan mereka dan memusing dan mengalihkan cerita kepada PENYAMPAI tadi. Akhirnya kerena mulut PENYAMPAI tersebut, dia yg disingkirkan kerana MASTERMIND lebih bijak mengatur strategi.

Permainan ini masih belum berakhir. Yg pasti akan ada episod baru setiap detik dan ketika.

Kesimpulannya,

1. Lebih baik berdiam dari berkata2.

2. Percaya pada ALLAH kerana ALLAH saja yang boleh dipercayai.

3. Hadis NABI MUHAMMAD SAW (correct me if I'm wrong)

Berhati-hati dgn pemikiran kamu,kerana dia akan menjadi tabiat,berhati-hati dengan tabiat kamu kerana ia adalah destinasi kamu.

No comments: