Monday, October 13, 2008

AJKK1 UTMKL

11 October 2008

Sharil ke KL atas urusan keluarga. Aku tak ikut. Aku & Syuaib duk kat umah. Hari ni kami pi raya umah Kak Sofea dan Kak Aishah. On the way balik, Jam teruk . Fuyoo leguh kaki aku. Mama pi kursus haji kat Bertam. Dalam keta aku teringat member kat UTM. Hmmm lama tak dengaq kaset baksis. So aku pun layan le kaset tu. Alunan dikir barat dan Nasyid mengembalikan aku ke zaman itu. Hmm rindu kat korang ,bilala next reunion.....

Saing dgn org comel
tambah lagi org lain dok berkenen
Nak jumpa kerajinan
Hati tak senang jadi mainan

Dalam masa sebulan leh temu sekali
Itu pun kebetulan Bila jumpo dia lari

Dia ada gaweng ramai kita org baru rasa cemburu
Nak tinggal sayang tambah hak kita
ingat malu kat orang bawa sorang.

Abg Subuh banyaknya yg terperap dan tersimpan ... ye la muda mana nak reti apa2. Kenangan.


Dipetik dari email aku:
...............................................................
Sent:Wednesday, December 26, 2007
Semalam merupakan saat yg amt mengembirakan aku. Memori yang ku padam semasa di UTM dulu telah ku perolehinya 60% kembali.Aku mendeletekan ada alasan ku sendiri.Ingin melupakan kenangan pahit tapi aku terlupa kenangan indah juga masih ada. Ingatkan bila dah delete dari hardisk otak akan lenyap semua tapi kenangan itu masih disimpan rapi dalam kotak minda yang berkarat.

Aku amat terharu pada semua sahabat yng pernah ku kenali baik siswa atau siswi. Kritikan ajk amatur dari seorg senior telah mendewasakan aku. Aku sambut cabarannya kerana aku rasa aku telah berjaya membina blok apguh bila senior ketika itu meletak jawatan secara tiba -tiba. Pada mula aku berasa lemah kerana senior yg ku perlukan tunjuk ajarnya meninggal aku terkontang kanting.Dari SU secara automatiknya menjadi TKB jawatan masa itu. Ku gagahi jua walaupun tidak sempurna.

Ya tahun 1998 merupakan tahun yg paling perit bagi ku. Dugaan demi dugaan sehingga menyebabkan kemerosotan gred ku. Tapi aku bahagia kini kerana pengalaman ini telah mendidik dan melengkapkan universiti pengalaman ku sendiri.

Rupanya BAKSIS 98 aku tidak layak mengikuti sehingga saat terakhir aku diberi peluang. TERIMA KASIH KAK WAN kerana bagi peluang pada yas mengecapi pengalaman yang paling indah. HANIE hang ingat lagi tak rupanya hang duduk dengan aku dalam bas. AJAI and KAK WAN duduk belah kanan. Depan KU AND JEN.

Masa balik siswa ada buat lagu utk siswi....
HANIE sweet honey I'm watching u
FAZILAWATI di ambang FAZILAWATI
KAK WAN Kak wan bertahun kita bersama
AKU pun ada lagu shiela majid Aku cinta pada mu sungguh yasrahfinas
AZZAh... Oh nona ku Azzah ---lagu azizah

Abg Subuh,Khalifah, Fauzi ,Epol, abg azran,jimmy,boy,rosley,anuar,che ariff.....hanie,ita,ogy,azzah,ku,kak la,kak wan,kak dee,kak saba,kak syakeela, kak ami,kak fazlin,jen,jas,ekeyn,lyn,ayu...antara nama yang menghiasi mindaku. Semua sekali AJKK1 dari 1997-2000.
Hmm geli hati membaca coretan dalam diari ku dan surat dari sahabat baik zack, umi, nora and fatin. Walaupun kami terpisah selepas form 5 tetapi ikatan ukhwah antara kami melalui surat masih terjalin di utm. Hingga kini pastinya Aidilfitri menjadi mini reunion antara kami.Tak lupa buat AZZAH and KU kerana selepas BAKSIS 98 kita menjadi rapat.

Azam tahun baru 2008 ini akan KU jejaki semula sahabat-sahabat yang lama terpisah seperti Noor Haliza Shabuddin, SU APGUH 1998 , insan yang menjadi tulang belakang ku ketika tahun 1998. Menjaga ku ketika ku terlantar sakit. Justina Jaafar, Nurmid Rozita, Fatin Marsyitah dan semua insan yang pernah hadir dalam hidup ini. AKU HAJATI BIARLA TAHUN 2008 akan menemukan aku dgn MEK di jeli.

Terima Kasih semua kerana melengkapi hidup ku. I LOVE U ALL. Bertuahnya aku kerna ramai insan yang menyayangi ku. Jejaki sahabat lamamu kerna kita tidak tahu ajal maut kita mungkin kah email ini email yg terakhir . Renung-renungkan lah.
.............................................
Sent: Friday, 28 September2007
Semalam aku rasa gelisah.. mungkin rindu kat ajkk1 dah lama terpendam. Aku teringat saat manis kita semua bersama. Rasa marah, geram , sedih, ketawa, gembira kita harunginya. Tiba-tiba aku teringat pada koleksi ku yang telah lama ku simpan dan abaikan. Hampir 9 tahun usianya. Kesibukan menjadi ibu dan isteri melupakan aku padanya. Aku buka laci dan mencari sesuatu yang sememangnya sangat eksekulif. Tidak ternilai HARGAnya. Sebuah kaset tertera BAKSIS 98. Ku mainkan di radio. Tersentuh hati bila mendengar nasyid SISWA - org muda dan kawan. Ku insaf dengan diriku sendiri. Betapa selama ini ukhwah kita amat padu sehingga setiap memori masih utuh di fikiranku. Ku belek foto2 di kolej pertama dulu - baksis 98 dan 99, PSA, kem kepimpinan, reunion 2002 dll.

Dikir Barat pula berkumandang. ..

Tinggallah kasih ku pergi dahulu
membawa diri luka di hatiku
Berpisah kita takkan lagi bertemu
Lupakanlah saja diriku

Tinggal kasihku tinggal sayang ku pergi jauh di rantau org
pada dirimu...... ......biar deritaku tanggung seorang..

Kecil2 anak kera ,besar sikit kita panggil kera ,sekali turbit bapak kera.....last lagu UTM .

Semoga ukhwah ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.

No comments: