Wednesday, September 10, 2008

FIKIRKAN

Manusia kekadang tidak pernah bersyukur atas apa yg dia miliki. Selalu merasa diri dalam kesusahan. BERFIKIRAN NEGATIF. MENUDUH ORG SEKELILING. MEMARAHI ORG LAIN BAGI MELEPASKAN GERAM.

Semakin manusia meniti usia semakin manusia tidak berfikir. Bukan sesuatu yg berlaku ada hikmahnya. Kekadang manusia hanya ingin meluahkan rasa yg disimpan dalam hati. Bagaimana mana caranya??? Kedang2 kerana silap cara, org lain akan tersinggung. Jangan kita selalu salahkan org lain. Kerana Allah mahu menguji hamba-hambanya. Kita seharusnya berfikiran positif, menilai, bersabaq. Banyakkan berzikir. Setiap manusia di muka bumi ini mesti mempunyai masalah. Sekiranya kita melihat org lain berdiam jangan curahkan api menyebabkan dia marah.

Jangan lepas CAKAP saja. Umpama mengambil paku diketuk pada sekeping papan. Bila paku dicabut masih tinggal kesan. Kesan lubang.

Salahkan manusia lain gembira? Salahkan manusia ingin belajar? Salahkah manusia lain ingin mencuba sesuatu yang baru?

Kekadang tidak semua patut kita kongsikan masalah. Jangan fikir manusia itu tiada masalah, kita saja ada masalah. Manusia kadang nampak happy tapi dalam diri ada beribu kedukaan. DIA hanya melakon watak. Menyembunyikan kesulitan yang ditempuhi.

JANGAN BISA KITA MENGHUKUM ORANG LAIN. Pada fikiran saya, kita seharusnya kembali kepada Al-Quran. Semua pedoman dan tatacara ada didalam Al-Quran. Bila kita hilang pedoman, maka kita lihat org hilang arah tuju. Mengambil jalan singkat keluar dari masalah.

Mungkin ada kata saya ini pandai bercakap? Tak kena lagi? Mana tau. Saya juga dalam dilema. Tapi saya ingin tenteram. Bila bekerja kita fokus pada kerja. Di rumah kita fokus pada rumah. Bila rasa hati tulis dalam blog. Saya bukan Dr falsafah tapi belajar dari pengalaman sendiri dan orang lain.

Saya adalah insan biasa dan lemah. Banyak kekurangan. Terus belajar dan belajar. Sedang belajar mendidik hati. Agar meneruskan hidup menempuh segala cabaran, ujian dan tohmahan org. Belajar menginsafi kerana saya percaya Allah Maha Kuasa. Satu hari nanti pasti mereka akan tersedar.JANGAN ANGKUH DGN APA YG KITA ADA KERANA KITA HANYA PINJAM DARI ALLAH. Wassalam.

No comments: