Friday, May 8, 2009

Rahmat

Kekadang kita tak tau apa yg akan berlaku, aku percaya segala kedukaan pasti ada keceriaan. Semalam lepas keja, kami bertemu dgn beberapa insan yg sudi berkongsi ilmu Kak Jamilah dan Kak Maz. Terkejut aku kerana pada pertemuaan pertama, mereka tak kisah berkongsi ilmu dgn ikhlas.

Dalam umur 30an, kita sepatutnya telah merancang dan memulakan sesuatu untuk kehidupan dalam umur 50an. Kak Jamilah pun berkerja seperti ku. Dia rajin mengikut kursus masakan dan belajar bahasa Inggeris. Dia kata tula masa dulu tak mau belajar rajin lani baru belajar. Hehehehe... tapi aku kagum dgn dia, dia telah tetapkan matlamat untuk mencapai segala impian.

1. Kita mesti ada GOAL IN LIFE.
2. Antara kerjaya dan impian. Terpaksa korban satu perkara.
3. Buang perasaan malu. Rajin bertanya.
4. Berusaha.
5. Sokongan dari keluarga.

Char Hor Fun Kak Jamilah memang power. Nanti aku tangkap gambaq sebab tak bawa kamera semalam. Dan makan malam aku dan Sharil disponsor Kak Jamilah. Semoga apa yang akan impian akan jadi kenyataan.Amin. Terima kasih. Murah rezeki kak sekeluarga.
Kak Maz Thanks for the opportunity.

Tanpa disangka2 dalam pertemuan yg pertama saja aku dan Sharil DIJEMPUT kenduri anak saudara.InsyaAllah kami akan sampai.
................................

Dalam kehidupan ini memang menarik. Setiap hari setiap saat banyak kejadian akan berlaku. Tapi kami selalu menjadi mangsa bila dalam kesusahan bila senang kami dilupakan. Begitu lumrah manusia. Tapi aku percaya ramai lagi insan seperti kami dan peluang akan datang. Semoga aku TIDAK akan menjadi insan SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT.

Biasala jahat kami selalu nampak dan diingat. Segala yg baik berciciran. Aku dan Sharil menjadi mangsa keadaan. Nak buat cam mana. Tak pa Allah Maha Adil. Aku pun hairan rasanya yg paling baik adalah hidup asing. Sekali sekala baru jumpa lebih akrab. Aku sebenarnya malu sendiri. Kenapa kekadang aku diuji begini. Aku tak akan melatah. Aku mahu menjadi insan yg disenangi semua seperti episod minggu dlm Desperate Housewife, Walaupun Ell hanya handyman biasa tapi dia banyak membantu meringan beban org lain. Di hujung hayatnya ramai yg mengenang jasanya.

Aku mahu menjadi seperti itu. Semoga Syuaib akan mendoakan aku ketika aku tiada lagi.Jgn jadi anak yg mementingkan diri sendiri. Yg penting kerjasama. Biarla aku buat ja apa yg termampu.

Biarla kami diduga sekarang kerana pastinya masa depan kami cerah hendaknya. AMIN.

No comments: