Wednesday, April 22, 2009

Syuaib Prayers

Isnin aku dok umah sebab shutdown. Bukan main seronok lagi Syuiab. Manja sungguh dia. Hehehe dia kata mama tak yah keja la duk umah jaga dia. Moga dimakbulkan doa dia. Dah 9 tahun aku keja rupanya. Tak terasa pun.

Maghrib tu aku ajak SyuaiB sembahyang. Kalau selalu aku ajak mesti dia bagi alasan dia budak-budak lagi. Pandailaaa. Lepas selesai solat dia berdoa, dia tanya nak doa apa. Aku kata Syuaib doala apa2 pun takpe Allah dengaq.

"Ya Allah, bagi Syuaib naik kapal terbang, nak pergi Mekah nak pegang Kaabah,Nak jumpa Nabi Muhammad S.A.W,nak bawa mak tuk,mama dan babah". Terharu aku dengaq Syuaib doa. Nabi Muhammad SAW penuh dan lancar. Dah besaq baby tua mama. Walaupun Syuaib dah 5 tahun tapi aku rasa dia still baby lagi.

No comments: