Wednesday, February 4, 2009

Satu Anugerah Allah


Syuaib - 2 years old.

6 months old.

3 months old.

2 days old.



Di ketika ini, perut ku terasa amat sakit. Memulas aduhhh... Pedihhhh rasa cam nak tercabut segala isi perutku. Ya Allah aku pasrah padamu. Sekiranya nyawaku tergadai maka Engkau jadikan aku syahid.

Pengerakan semakin pantas, terasa kesakitan sejam sekali dan kemudian setengah jam sekali lepas tu 5 minit sekali. Aku memanggil Nurse. Aku diperiksa dan dihantar ke wad. Di wad aku hanya mengucap,berzikir dan bayangan Mama dan Sharil diingatan.

Ini azab kecil dilalui tiap manusia bergelar ibu. Jam 7.45am,hilang segala kesakitan ku. Bayi seberat 2.8kg lelaki dilahirkan di dunia ini. Aku bersyukur kerana memberi anugerah yg paling bernilai dalam hidupku.

Dari jauh ku mengintai ingin melihat bayiku,bayiku dimandikan dan diserahkan padaku.Aku merenungnya buat pertama kali. Terasa kekok memegang bayi yg sekecil ini. Tetapi ini anakku,aku tawakal. Betuii ka pegang cam ni. Aku menyusukannya. Comelnya dia.Kecilnya jari ,kuku,wajah. Aku mengucup ubunnya.

Genap 3 hari kami memberi nama bayiku MUHAMMAD SYUAIB FAKHRI.

Hari ini 4hb Februari 2009 Syuaib dah 5 tahun.Semasa mengandungkan Syuaib,Alhamdulillah TAK ADA ALAHAN. Memang enjoy my pregnancy. Cuma cepat letih je.Semua makan tak de problem la. Seronok betuii.

YA ALLAH TERIMA KASIH KERNA ANUGERAH INI.YA ALLAH JADIKAN ANAKKU INI SEORANG YG BERDIKARI,PEJUANG ISLAM DAN ANAK YG SOLEH. ANAK YANG MENDOAKAN AKU KETIKA AKU DI ALAM KUBUR. SEORANG ISLAM YANG BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT .AMIN.

No comments: