Wednesday, November 19, 2008

Kenduri Doa Selamat

Pada 16hb November 2008, selesai sudah kenduri kesyukuran dan doa selamat di umah mama. Allhamdulillah ramai yg hadir. Tawa dan sedu sedan semasa berakhirnya majlis. Tinggal beberapa hari lagi mama akan berangkat ke Tanah Suci. So aku kena jadi good daughter. Banyak berdiam, dan jangan protes. Dengar dan menganalisa. Semoga perjalanan yg tinggal beberapa hari ni memudahkan mama ke sana nanti. Biar mama tenang. Jangan hiraukan hal2 duniawi. Fokus je utk menjadi tetamu Allah. Berdebar rasanya bagaimana rasa tak jumpa mama for 45 days. For sure aku akan rindu leteran mama. Well need to make her happy.
...........................................

Rencana kehidupan adalah satu pentas dunia. Berkejar ke tempat kerja dan menguruskan rumah. Kekadang alpha terhadap Yang Esa. Aku sebaik mungkin bertemu denganNYA pada awal waktu solat. REDHA. But sometimes people around me are not REDHA. WHY?? As my best friend told me," Yas DON'T LET PEOPLE AROUND YOU CONTROL YOUR LIFE". True True I agreed. REDHA. Felt the meaning. WHen you are REDHA you are in PEACE. REDHA will comfort you. REDHA.REDHA.REDHA.

..........................................

Sg Rusa Balik Pulau, terpana aku seketika membaca alamat itu. Haa mengimbau kembali zaman sekolah di tingkatan 5. Waktu itu aku ,Zack,Umi dan Fatin selalu ke Excel Sains.Kat sekolah aku ,pelajar Melayu aliran Sains ada 9 org ja.Excel Sains adalah satu program untuk pelajar sekolah aliran sains kursusnya pelajar Melayu berkumpul dan akan dibimbing. Kami akan ditempatkan di sekolah teknik dan mengunjungi sekolah lain di sekitar Pulau Pinang. Pada waktu itu la aku akan bertemu dengan seseorang. Dari jauh aku admire habis. HAHAHAHAHAHA yg best tu depa ni kembar. Tapi aku minat kat adik dia. Cool dan relaks. Kelemahan aku la masa kat sekolah aku tak reti dan bergaul dgn budak lelaki. Kalau dak mesti ramai boyfriend. Hahaha PeRasaaan. Haha . Kalau aku minat kat org tu. Bukan nak senyum tapi lari. Penakut siot. Ntah le malu tapi mahu. HAhahahahaha kenangan.Nama depa aku masih ingat lagi. Kalau excel sains tu kena bermalam kat sekolah syok habis kami.Malam gossip.Best nya zaman sekolah ye.

Tingkatan 4 dan 5, Kadet Polis adalah my passion. Minat sangat. Mungkin sebab papa pun polis kot. Kalau sebut Kadet Polis CGL memang famous. Selalu gak menang pertandingan kawat Kebangsaan. Wah Wah time tu kena pakai skirt. Aku ni kategori nakal gak.Masa sekolah ke time tuition ke time jalan aku pakai tudung tapi bila time kadet je buka tudung pakai skirt. Sebab minat punya pasal. Tapi aku nekad lepas SPM aku tak main2 pakai tudung.

Masa Perkhemahan kadet di Perlis , kami kontingen dari Pulau Pinang tak menang langsung dlm mana2 kategori. Aku ralat gak dengan kontingen kami kenapa sekolah kami kena bercampur dgn sekolah lain di Penang.Habis rahsia sekolah terbongkar. Last day kami satu kontingen kena terjun sungai full uniform. Perggggggghhhhhhhh malunya kat kontingen lain.Aku dibandingkan masa sekolah kategori keding. Dah le rambut pendek serupa lelaki. Ada ke patut seorg junior kat sekolah berkenan kat aku. Geli geli. Hahahahaha.

Masa kat sana aku tertarik dengan dikir barat. Itu la first time aku dengar secara live. Suara tu sedap sangat.Sehingga ke UTMKL suara itu masih kedengaran.

Perkhemahan kedua di Pulapol Negeri Sembilan.Time ni banyak dugaan. Separuh Kontingen kena histeria,Cikgu kata kalau tak baik gak tak yah bertanding balik terus.
Masa tu jugak kes taun, dah kena quaranteen. Tapi the best part kami menang 3 kategori kali nie.

Rasanya kalau aku tak masuk UTMKL . Aku dah jadi anggota polis kot. Hahahaha.

No comments: