Wednesday, September 3, 2008

One more year

02.09.08

Aku check out blog K Ummi. terliur tengok masakan dia. Kalau ada rezeki teringin nak pi umah dia makan. Sedapnya... Aku sempat salin beberapa resepi.
..........................................................................
01.09.08

First day puasa. Lepas siap kemas, aku pun azam nak jahit langsir. Tapi hehehe malas lak pulak. Pi umah kak sofea la jiran aku. Dia pesan cendawan. Sedap katanya. Yela Cendawan fresh. Dalam kul 5.30pm aku siapkan lauk berbuka. Sambal tumis santan. Nama masakan tu aku tak tau hentam je la.

Masa berbuka hubby aku kata sedap. Kira ok le.
...........................................................................
31.08.08

Keluarga sebelah hubby mai umah, kami keluarga makan dan cuci mata kat Lagenda Height.
Kami pi lunch kat satu kedai ni, cian abg ipar aku,nasi yg dia pesan dah habis. Pesan nasi ayam pun tak mai gak. Kedai tu reject la lain kali tak pi dah. Kalau dah bukak kedai makan,servis kena le cepat.

Lepas makan kami pun ronda butik dan kedai tudung kat situ.Wah banyak je tudung ,rambang mata.Aku tak ambik gambar so sapa nak beli tudung leh le pi kedai tu. Baju Melayu dan kurung pun not bad.

Kami singgah kat Taman Jubli Perak. Syuaib seronok le dapat jalan dgn sepupu dia. Syuaib, Aiman dan Syaza sempat mandi depan umah dalam mini swimming pool. Syafiq lena dibuai mimpi.

Malam tu kami ramai2 makan kat umah je. Lauk paling best IKAN PEKASAM. Sedapnya.
.....................................................................
30 August 2008





Tarikh yang mengubah umurku. Hepi Besday to Me. Syukur kepada Illahi kerana memanjang usia ku hingga ke hari ini. To Mama ,Thank you kerana melahirkan anak yg comel bernama Yas. Terima Kasih kerana menahan segala kerenah ku yg berbagai. To hubbyku, Tq for everything.

No comments: