Thursday, October 2, 2014

Operation tonsil - Tonsillectomy

Dua minggu lepas,badan aku berasa letih.Apabila malam,suhu badan meningkat.Aku berasa sakit gusi,nk tumbuh gigi bongsu ka???Muka pula berasa kebas.Tangan dan kaki mula berasa sejuk.

Aku berjumpa Dr Haniffa,panel klinik aku.Dari pemeriksaan Dr,tonsil aku dh bernanah.Setelah menerima rawatan,Dr menasihat aku habiskan antibiotik dan segera membuat pembedahan.Aku disahkan Chronic Bilateral Tonsillitis tahap 4.

Petang itu,ketika  makan mlm,tekakku pedih.Loya tekakku seperti air longkang.Hilang nikmat makan.

Setelah tonsilku sembuh dr keradangan aku bernekad utk berjumpa pakar pada 28.09.2014,
Dr Irhaam Imran di Pantai Hospital Sungai Petani.Menurut Dr,tonsil dlm keadaan kritikal.Pertumbuhan hampir menutup anak tekak.Aku sedar..tiada jalan lain.Aku tidak mahu kejadian semasa bulan Ramadan berulang.Aku tertidur semasa memandu.Allah masih syg padaku kerana aku tersedar dikala kereta hampir merempuh kereta lain.

Sharil pun menyokong keputusan aku.Menurutnya nafasku terhenti 1- 2 saat ketika tidur di waktu malam.Simptom sleep apnea.





02.10.2014,730am-Aku ditemani mama,Sharil dan Syuaib  melàporkan diri dihospital.Hari ini, aku akan menjalani pembedahan membuang tonsil.Setelah masuk wad,aku menyalin pakaian.

9.30am- Aku ditolak masuk ke dewan bedah.Hatiku berdebar-debar.Hanya pada Illahi  aku berserah.

Aku dibius sepenuhnya.Beginilah tonsillectomy dijalankan.Rujukan blog lain.

10.30am-Aku tersedar.Tekakku berasa pedih semasa menelan.Aku kuatkan semangat.

Terima kasih pada Mama,Sharil dan Syuaib menemani aku.

1.30pm- Mr  Low,JC,Cherrie dan Mei Ling kerana datang melawat.Terharu..
2.30pm- Aku dijamukan  aiskrim vanila.
4.30pm-Dr Irhaam dtg melawat.Nak cepat sembuh kena makan katanya.
6.30pm-Aku gagah diri utk habiskan semangkuk bubur.

Terima kasih pada keluarga dan sahabat atas doakan  kalian.



No comments: