Sunday, September 29, 2013

Bermulanya episod baru....

28.09.2013-8.45pm aku tiba ni Chennai restoran. Aku mencari kelibat Pn Zu,pemilik dan seorang usahawan yang berjaya.Perbualan kami berkisar kepada perniagaan. Banyak yang diperkatakan dan aku sangat gembira.Di kala aku berasa down ,Pn Zu memberi semangat. Ya Allah , Engkau berkati wanita tabah ini.

10pm, restoran pun tutup, kami meneruskan perbualan di tepi jalan di atas tangga. Terkejut aku, Puan Zu sangat humble. Rupa rupanya dia seorang Datin.

Ya Allah sekiranya Engkau murahkan rezeki di masa hadapan, maka peliharalah aku dr sifat sombong dan bongkak. Pesan Pn Zu,banyakkan bersedekah.

Akhirnya perbualan kami tamat pada 11.00pm. Hari ini amat bersejarah kerana aku pasti mengingati sampai bila-bila.

Lagi 4 tahun, aku pasti akan membuka kedai bakeriku.Amin.

No comments: