Thursday, February 21, 2013

Audition Chef Cilik Musim Ke 2

27.09.2011- Semasa aku menunggu hubby pick up dr office, aku sempat serve internet. Aku ternampak satu advertisement Audition Chef Cilik dr Dumex Dugro. Menarik ni.. aku call Syuiab.Syuaib kata nak masuk audition. Aku pun baca syarat-syarat dan complete the form. Terlintas di fikiran, boleh ke aku masuk, masak utk famili boleh la, utk competition cam ni bolehka...ishhhh.. ala x cuba x taukan.

06.10.2012 ,
7.00am - Proses memasak bermula. Syarat pertama kena bawa satu homecook yang berkhasiat utk anak anda. Maka terhasillah Spaggeti Angry Bird.




11.00am - Reach Eastin Hotel. Dup dap dup dap.. ketaq lutut. Maklum first time pi audition.Syuaib aku tgk relak ja.

1.00pm - Sesi audition, kami peserta ke 7. P007. Aku pun present la Spagetti Angry Bird... Chef Andri tanya awat ada payung...hujan ka .Aku sengih ja. Lepas tu, Syuaib  kena interview.

Acara seterusnya, dlm 5 minit kena hasilkan satu dish yg dihidangkan dlm tray tertutup. Buka ja penutup..ADA roti , ADA telur ,salad + tomato... apa lagi sandwich telur  + sandwich peanut butter.Syuaib lenyek telur.  Aku cuba perbagaikan dish dengan bahan-bahan dlm tray dan atas meja. Siap cucuk tomato cam kepala alien atas roti. Hehehe.



Akhirnya 2.30pm, tamat sesi photografi dan interview. InshaaAllah kalau ada rezeki, kami akan ke Kuala Lumpur Nov 2012.

Gambar di atas, gambar spagetti aku.. Aik biar betui..Admin Dumex dugro guna nak promote contest online. Ada peluang ke aku & Syuaib  dipilih jadi peserta musim kedua?????......

30.11.12- X terpilih ke peringkat seterusnya. Had a good time and experience.

20.02.2013 - Rancangan in ke udara di Astro Ria jam 9pm.

No comments: