Friday, September 23, 2011

Selamat Hari Jadi/Selamat Hari Raya/Selamat Hari Kemerdekaan

Sudah lama aku tidak menulis disini.... dah naik sawang rupanya... BZ... alasan.. sebenarnya masa yang cepat berlalu..


Detik 30hb Ogos 2011- Hari Keramat buat diriku, Hari Lahirku yang ke 32 bersamaan 1 Syawal 1432. 30hb Ogos 1979 - 6 Syawal 1430.Hmm setelah 32 tahun tarikh yg hampir sama. Aku bersyukur kerana dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.

Syawal tahun ini sederhana tetapi meriah. Persiapan kami sekeluarga biasa saja..cuma ada kelainan di rumah..yelah setelah beberapa tahun ni dalam keadaan financial constrain, tahun ini ada rezeki lebih.Syukur...

Along  dan keluarga dr Banting ada bersama.

Aku doakan semoga keluarga aku tabah menjalani kehidupan yang penuh duri dan ranjaunya. Allah maha kuasa Dia bg kepahitan dan kemanisan. Kini aku lebih mengerti erti kemanisan.

Malaysia tanahair yg tercinta...Aku doakan bertambah Aman dan Maju. Selamat Hari Kemerdekaan yg ke 54 .

No comments: