Thursday, March 25, 2010

Manusia Bertopeng Syaitan

PERINGATAN: APA YG AKU TULIS DI BHG RASA HATI, ADALAH HAK AKU MELUAHKAN PERASAAN, KALAU TAK SUKA TAK PAYAH BACA,BOLEH BLAH!!!! SAPA MAKAN CILI DIA TERASA PEDAS. SENDIRI MAU INGAT. AKU MMG GUNA AYAT KURANG AJAQ SEBAB ORG MARAH TAKKAN GUNA BAHASA LEMAH LEMBUT LAK???

Ini hakikat kehidupan, ada saja yang dengki dan berhati busuk... Ada saja yg tidak kena di mata mereka. Aku hanya insan yang penuh dengan kelemahan. Bab mengata sapa yang tak kata kat orang lain. Habaq mai.. Aku paling BENCI org yang suka dok pelaga org. Apa kes....hang ni dok umah tak reti nak beibadat ka?? BEZIKIR... MUNASABAH DIRI.. Ini dak dok ungkit benda yang lepas.. tau pelaga org... A HANGAT HATI KAT B,C HANGAT HATI KAT D,E MARAH KAT F.... Ni apa cerita...Kalau aku dpt org cam ni memang nak kena penambaq ..baru puas hati..

Si M lagi lak dok buat cam baguih sangat... kata nak bincang konon,,jadi org tengah,kenapa nak jadi postman,mana org yg tak puas hati tu awat dia tak mai???yg aku heran nak bincang ajak la pi umah, ni dak mai umah org buat apa.. Mai nak menayang benda baru. Dah mai Buat lak cam AHLI SYURGA , dia la betuii , AWAT HANG TAK PERNAH MENGATA ORANG KA?,kononnya adil la nak bg itu ini,Pirahhh adil apa refinance pun harga adik beradik, org yang tak tau ugama la tu.Awat tak ikut harga pasaran.Org malas nak gaduh depa senyap. Yg heran tu duit dok bank in(1999-Sep 2002)setengah dr monthly payment,cam mana leh  tertungak?Keta buruk yg org lain dok bayar road tax, org lain jual,duit depa sapu??? ADIL KA CAM NI??

Nak buat cam mana ada org tu sayang sangat adik beradik,Nak kawin pun hutang sana sini. Anak bini tak cukup pakai makan pun tak pa? Selagi boleh berhutang ...biar diri sendiri susah...Habis kena canang kat semua org kita susah ka??? Buat cam biasa la. Kalau ada lebih org dengki lak.Hang nak dengki apa?? Bukan dok ambik harta mak bapak hg.

What I want I work hard for it.I deserve because Allah is great.

M  habaq kat org , kalau nak brg mai ambik, ambik apa? pi sana barang semua dah clear tinggai BRG buruk... Dahla cakap geleng kepala.. Kalau nak gambaq ka apa habaq dia boleh bg??? Kami ni semua buta perut ka?? Hg dah gantung baru nak minta. Jenis pretender. Dah ambil baru nak bagi.. SIMPAN LA. Aku pun tak kebuluq nak harta mendak hg. Ada reZeki aku beli sendiri.

PENGERTIAN FARAID

Faraid dari segi bahasa bermaksud ketetapan.

Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah ditetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak (seperti anak, isteri, suami, ibu, bapa dan lain-lain). Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris samada berbentuk agama (seperti zakat, nazar, dll) atau hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.


HUKUM BERKENAAN FARAID

Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya, sama hukumnya seperti menyembahyangkan jenazah.

Pembahagian harta pusaka menurut kaedah dan pelaksanaan Islam adalah suatu pembahagian yang sangat adil dan sistematik kerana ALLAH sebagai pencipta manusia mengetahui dimana letaknya kekurangan dan kelebihan dalam diri manusia itu.


Di dalam surah An-Nisa' ayat 11-13 telah menerangkan tentang kaedah pembahagian Faraid dengan jelas, manakala dalam surah yang sama ayat yang ke-14 Allah telah mengecam manusia yang beriman sekiranya ingkar dengan perintah ALLAH ini.

Maksud surah An-Nisa' (ayat 14):

"Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentutan-ketentuan-Nya, nescaya ALLAH akan memasukkannya kedalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya seksa yang menghinakan".

Ini jelas menunjukkan bahawa sekiranya umat Islam itu ingkar dengan ketentuan ALLAH, maka ALLAH akan melemparkannya ke dalam api neraka selama-lamanya. Ini menunjukkan bahawa suatu ancaman yang amat berat bagi mereka yang mengabaikan pelaksanaan hukum Faraid dalam pembahagian harta pusaka.


Peringatan:
Sekiranya pembahagian Faraid diabaikan, dikhuatiri akan berlaku:
Memakan harta anak yatim
Memakan harta saudara-mara
Memakan harta Baitulmal

http://www.warisanmukmin.com/pelan_pewarisan.htm

No comments: