Thursday, July 9, 2009

Umpama Roda

Lama aku tidak menulis di blog ini. Kehidupan umpama roda sentiasa berputar. Kadang kita di bawah kadang di atas. Kadang dicucuk paku meninggal kesan. Pastinya roda akan ditukar setelah tidak diperlukan lagi.

Manusia berbeza, punya perasaan. Melihat meneliti menganalisi.Aku terpana pada cinta yang abadi. Pada aku berserah... Aku ingin sekali melihat rumahmu. Sebelum ajal menjemput ku. Aku kini sentiasa tersenyum. Perkara yg amat sukar ku lakukan dulu.

Dari lensa seorang hambamu yg berada di tanah suci, aku melihat semuanya. Berimiginasi melihatnya melalui pancainderaku sendiri. Betapa indah. Alangkah bahagia kiranya aku dapat kesana.

Layakkan aku ke rumah mu itu... kerna aku dikatakan penuh dgn hasad dengki. Layakkah aku???? Jahatnya aku??? Hati terguris bak sembilu tajam. Kenapa aku perlu mengerti orang lain? Bagaimana diriku selalu dipandang rendah? Salah aku bertindak begitu.

Aku tahu KAU maha mendengar. KAU cinta abadi. Aku bersyukur kerana aku tahu KAU sentiasa memberi hidayah dan melindungi diriku yg amat letih dgn sifat manusia.

Kekadang aku kecewa... Manusia hanya pandai berpura-pura. Sukar mempercayai sesiapa ketika ini kerana semua hanya mahu mengambil kesempatan.

Aku tidak menolak yang aku juga perlukan manusia. Berbicara, bersuka,bersedih dan sangat mnegharapkan SYUAIB menjadi iman menguruskan jenazah ku nanti. Sempat dia membesar kerana ajal tidak mengira waktu. Tidak akan melengahkan walaupun sesaat sekiranya telah sampai waktunya.

...............................................
Pelbagai rintangan ku tempuhi dan kadang kala aku tewas dgn dugaan itu. Amarah tidak terkawal.Tetapi ku lebih tabah sekarang kerna mengapa aku harus bersedih. Tiada guna aku merintih.Sekiranya itu ketentuan untukku terima seadanya.

Walaupun ku tahu ada perubahan pada dirimu kerana kehadirannya. Kekadang tiada pengakuan yg perlu kerna dari caramu,pertuturanmu dan segalanya telah berubah.

Walaupun ku cuba perbaiki segalanya. Mencuba sebaiknya aku pasrah. Aku harus redha ketentuan Ilahi. Sekarang terpulang padamu utk berfikir.

Aku tidak menuduh melulu. Segala apa ku lihat dan bukti terpapar serta gerak hati yg amat kuat menguatkan lagi hujahku.

Tiada apa ku pinta hanya kesedaran dari dirimu sendiri. Jika kau ingin cara begini, terserlah. Aku redha ... tanpa rela.

No comments: