Thursday, September 18, 2008

Bila Masa Kita




Hari nie aku menziarahi umah Jan. Adiknya meninggal dunia. Muda lagi umurnya 21tahun. Hmm aku menginsafi diri. Bersyukur kerana masih bernafas lagi.

Aku ,Kak Shanaz,Kak Midah, JJ dan Tan. Muhibah company kami. Jan dr bhg QA. Aku minta kat Allah selamatkan Malaysia yg amat ku cintai ni. Damai sentiasa. Kerna negara ni aku dilahirkan . Mencari rezeki dan mungkin satu hari nanti aku terkubur disini.

Kalau bermusuhan apakah kesudahan. Aku masih ingat cerita nenek. Bagaimana susah nenek mencari rezeki. Mengalas perut. Mengumpul harta. Hmmm adakah aku akan setabahnya.Dipaksa kawin dengan seorang peniaga dari India. Dikurung tidak bebas. Umur baru 15 tahun.

Ayah nenek seorang peniaga dari Mesir. Syed Muhammad. Lepas bercerai dgn mak nenek,ayahnya merantau ke Indonesia. Tinggal nenek disini bersama ibunya hingga ibunya berkahwin lain.

Aku pernah tanya nenek, Nek awat nenek cerah dari tok yg lain. Nenek kata dia tidur bawah katil. Fatimah Che Wan nama nenek. Jodoh tak panjang dgn suami pertama , nenek berkahwin dgn suaminya kedua. Editor from Jab Penerangan Ramli Haji Tahir - Daddy. Daddy ni suka membaca dan menulis. Bilik daddy penuh buku.Aku rasa menyesal tak simpan buku2 tu. Sejarah tu. Salah satunya buku Hang Tuah. Selalu gak nenek suruh aku baca kat dia. Ayat dia mak aii tak faham langsung.Walaupun daddy moyang tiri tapi dia melayan ku macam cicit dia sendiri. Daddy asal dari Negeri Sembilan. Ada satu je kenangan dari daddy yg aku simpan sampai lani - Chambers's Twientieth Century Dictionary. As a token complete the Malay Culture.Dictionary diterima oleh daddy pada 01.11.50. Daddy also speak with Mama in English if they tease nenek .

Mama duk dgn nenek(tok mama) dari kecil. Dari Peel Street di Kuala Lumpur ,satu family pindah kembali ke Pulau Pinang.

Banyak onak dan duri. Suka dan duka. Hmmm kehidupan namanya. Semangat patriotik mengalir dalam darahku.

No comments: